Mandi bunga

Mandi bunga merupakan satu amalan yang diamalkan secara meluas dikalangan masyarakat Melayu. Tujuan mandi bunga adalah bagi memulih dan meningkatkan minda, semangat dan fizikal seseorang.[1]Mandi bunga diamalkan bagi pelbagai tujuan dari menaikan semangat seseorang yang akan menjalani ujian persilatan [2], memulih semangat seseorang yang mengalami kejutan, sehingga memulih dan menaik seri seseorang yang mencari jodoh. [3].Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga dikalangan masyarakat Melayu.